Tuesday, August 25

Virtual Tour: Prayer Room

Oleh: Wau.bulan

Editor: Ajah

(ada sedikit tambahan dalam post ni yang dibuat pada 25 Aug, jam 2.30pm)

.

Komuniti muslim di Guildford tidaklah sehebat bandar-bandar yang besar seperti Birmingham,Manchester ataupun Kota London itu sendiri. Justeru itu, sehingga hari ini, bandar Guildford masih tidak mempunyai lagi Masjid yang membolehkan kegiatan dakwah berlangsung dengan mudah dan berpusat. InsyaAllah, kita sama-sama berusaha mendirikan masjid dengan bantuan semua termasuk anda juga.

.

Namun demikian, kami dapat menunaikan solat 5 waktu sehari semalam tanpa sebarang masalah, lebih-lebih lagi solat berjemaah. University menyediakan ‘Prayer Room‘ kepada muslim untuk mengerjakan ibadah ini. Alhamdulillah.

.

Tuntutan berjemaah pada solat 5 waktu yang selain daripada solat fardhu Jumaat, pada pendapat yang masyhur dan paling sahih menurut Imam an-Nawawi adalah tuntutan fardhu kifayah yang diwajibkan bagi orang-orang lelaki yang berakal, baligh, bermukim, mempunyai pakaian menutup aurat dan tidak mempunyai apa-apa keuzuran syarie.

.

Jadi bererti apabila sesebuah mukim mendirikan solat jemaah di tempat yang dikira menzahirkan syiar Islam seperti di masjid atau surau, maka gugurlah dosa atas orang-orang yang bermukim disitu yang tidak hadir bersolat jemaah. Tetapi sekiranya tidak didirikan solat jemaah maka semua penghuni di kawasan itu berdosa.

.

Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa,

.

Rasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah.

.

Imam Muslim pula meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah r.a:

.

Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia tidak mempunyai orang yang boleh memimpinnya pergi ke masjid. Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumahnya. Pada mulanya Baginda telah membenarkannya, tetapi kemudiannya Baginda menarik balik kebenaran tadi setelah Baginda mengetahui bahawa si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat yang dikumandangkan di masjid.

.

Menuju ke Prayer room. Nama baru, Islamic prayer centre~
.

Justeru, komuniti muslim terutama yang belajar di University of Surrey, Guildford (melalui ISOC-Islamic Society Committee), tidak putus-putus berusaha untuk memastikan komuniti muslim dapat menunaikan solat secara berjemaah di kampus. Dengan bantuan University dan Student Society, maka Universiti menyediakan Prayer Room kepada warga Universiti bagi kemudahan semua.

.

Kepada yang warga University of Surrey, kita telah mempunyai satu prayer room (Islamic Prayer Centre) yang baru! (lokasi : Bangunan AA )

.


New prayer room's location~
.
Mungkin ramai yang tidak tahu, prayer room sebelum ini teramatlah sempit dan cukup tidak selesa, sehinggalah terpaksa menunaikan solat berjemaah dengan dilaksanakan dengan beberapa kali. Tambahan pula, cuaca yang kadang-kadang tidak baik menyebabkan kita terpaksa menahan kesejukkan (winter) kerana terpaksa menunggu diluar prayer room bagi menunggu solat jemaah trip yang berikutnya
.
Tempat wudhu'~
.

Waktu Solat

Dunia tanpa sempadan kini telah membantu kita dalam mengerjakan ibadah. Alangkah banyaknya pahala yang diterima oleh yang mengkaji dan mencipta teknologi ini untuk kebaikan ummah. Pahalanya berganda-ganda. Waktu solat juga amat mudah sekarang. Cuma kita download software dan tetapkan beberapa configuration, maka dengan mudah kita dapat mengetahui waktu solat kita (Anda boleh download di SINI). Jika ada kekeliruan, anda boleh bertanya secara e-mail kepada Ustaz Erfino (Education Attache, MSD UK & Ireland)

.
tempat yang makin luas berbanding dulu~
.
Saf~
.

Solat Jumaat

Solat jumaat di UniS (University of Surrey), saban minggu di uruskan oleh ISOC. Ada saja volunteer yang akan kehadapan untuk memberikan apa jua bantuan kepada ISOC samada menjadi Imam, menyusun sejadah,khatib dan bermacam lagi. Sama-sama kita membantu.

.
Tabir~
.
Sebelum itu, buat pengetahuan semua, solat jumaat pada saban minggu tidak diadakan di Prayer Room. Mengikut pengalaman saya, tempat akan bertukar-tukar mengikut keadaan. Adakalanya diadakan di Quiet Centre dan adakalanya diadakan di University Hall (tempat paling besar)! Yang terkini yang saya tahu solat jumaat dilaksanakan di Rubix-Student Union Hall (hadapan Stag Hill Court).
.
Ruang solat yang selesa~
.

InsyaAllah, pengumuman akan diberikan dari semasa ke semasa oleh ISOC (boleh rujuk group ISOC University of Surrey di SINI) dan juga oleh Yahoogroup MSS (Malaysian Surrey Student Society) di SINI.

.

Pengalaman Peribadi

Saya dapat merasakan beberapa peristiwa manis (mungkin ada lagi selepas ini) dan beberapa pengalaman menarik, sepanjang bersama menunaikan solat berjemaah dan juga bergaul dengan komuniti muslim di sini. Sememangnya, perintah mengerjakan solat berjemaah itu ada hikmah yang tersembunyi.

.

Kesempatan solat berjemaah, saya sempat mengenali komuniti muslim yang pelbagai latarbelakang. Peluang itu juga dipergunakan untuk meningkatkan kefahaman tentang cara dan budaya mereka. Saya sempat mendapat berita terkini dari saudara yang berasal dari Palestin, belajar bahasa Perancis dari saudara dari Morocco dan menikmati makanan arab yang kita tahu cukup berselera dengan makanan. Itu adalah sebahagian kecil pengalaman yang mungkin sukar untuk dilupakan. Percayalah!

.

Begitu juga dengan memahami keluasan fiqh yang berbeza mengikut keadaan terutama cara solat. Semestinya mengajar kita erti berlapang dada dan menerima apa sahaja ilmu yang langsung tidak kita ketahui sebelum ini.

.

Akhirnya, saya menyeru diri saya dan pembaca untuk sama-sama menunaikan solat fardhu berjemaah tidak kira dimana kita berada, bukan hanya kerana kewajibannya, bukan juga ganjaran 27 kali ganda dari solat biasa, tetapi… untuk mendapat redhaNYA.

.

Banyakkan memberi, menerima dengan tangan terbuka

.

.

5 comments:

saRaHiyLiA said...

waa~..alhmdulilah da ade prayer room yg baru~..
huhu xtau pon b4 this..

Pacat said...

huhu.. kelihatan besar n bes..

jom2 pakat solat jemaah di sini slalu nak??

saRaHiyLiA said...

huhu pasti..kat AA lak tu..haha bngunan department tuu..klu xjejak gak xtau laa~..
da le kter wrge prntauan nnti..umah jauh~..uhuhu

Pacat said...

haha.. pagi2 b4 g kelas, kita masak mantap2, pastu berkampung je kt situ nak??

wawawa.. akan penuh dgn bdk2 melayu le nnt :)

-miszmeza- said...

huhu
sudh semstinyer mnjdi uma kdua~

alhamdulillah~
bru n besa~
;)