Monday, August 31

Hutang

Oleh: Ajah
Editor: Ajah
.
.
Terbaca tentang hutang.. tulisan UZAR dalam sebuah majalah.
.
Ada satu persoalan. Kalau ada hutang, tapi lupe brape hutang tu.. tapi yakin ada hutang dengan individu atau syarikat tersebut.. apa yang perlu dilakukan? boleh ke hutang tersebut dibayar ke baitulmal atau diberikan pada fakir miskin?
.
Dan jawapan dari UZAR:
Hukum hutang adalah wajib dibayar walaupun dengan orang bukan Islam. Yang terbaik adalah jika anda masih ingat "lebih kurang" jumlah hutang anda dan individu atau syarikat tersebut masih ada, hendaklah anda membayar hutang itu kepada syarikat atau individu itu.
.
Jika akan membawa masalah besar (seperti masalah undang2 jika melibatkan syarikat), bolehlah anda bersedekah demi untuk memastikan diri anda bersih dari hutang itu secara sepenuhnya. Anda dibenarkan untuk mendermakannya kepada mana2 fakir miskin dengan diniatkan untuk menutup apa jua hutang yang masih berbaki yang diluar pengetahuan.
.
Rasulullah mengajar umat Islam untuk berdoa dilepaskan dari hutang, seperti doa yang bermaksud,
"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada dosa dan hutang."
Lalu baginda ditanya, "Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah?"
Baginda menjawab,"Jika seseorang berhutang, bila berbicara dia dusta, bila berjanji dia mengingkari."
Riwayat Bukhari.

Sunday, August 30

Jaulah ke Paris (Part 1)

Oleh: Jpah*
Editor: Ajah
.


Train 2 tingkat~
.
Alhamdulillah, pada cuti musim bunga yang lepas, aku diberi peluang untuk mengembara ke negara baru, setelah hampir 5 bulan di bumi United Kingdom. Bandar ini ialah bandar honeymoon, bak kater sesetengah pihak. Namun kedatanganku ke sini adalah untuk mencari ibrah bagi mendekatkan diri kepada Allah. Bandar yang dimaksudkan adalah Paris, France.
.
Azri Unlimited~
.
Pada awalnya, aku plan perjalanan ini bersama Hisham dari Southampton dan Azri Unlimited dari Birmingham. Namun, disebabkan beberapa masalah teknikal, Hisham terpaksa menarik diri di saat akhir. Maka, aku dan Azri berdua sahajalah yang berjaulah ke kota romantis ni. Apabila Akmal bajet stylo itu tahu, dengan penuh sinis beliau berkata, "Heh, honeymoon ke?"
.
Namun, bagi kami, setiap amalan bermula dengan niat (Sila rujuk hadis 1 dalam hadis 40 Imam Nawawi). InsyaAllah dengan pemergian kami ini untuk menimba ilmu dan pengalaman di samping melihat Islam di negara lain. Ini kerana kami tertarik dengan statement dari Syeikh Muhammad Abduh:
.
"Saya pergi ke Paris, lantas saya bertemu dengan Islam tanpa Muslim. Saya kembali ke Kaherah dan saya bertemu dengan Muslim tanpa Islam"
.
Jadi, kami merancang perjalanan dan memilih ketua di kalangan kami. Aku menguruskan perihal transport dan plan perjalan kami di Paris, manakala Azri menguruskan perihal accommodation.
.
Disebabkan perjalanan dengan kapal terbang adalah agak biaser, aku dan Azri berkeputusan untuk mencuba cara lain ke Paris, yakni dengan menaiki tren Eurostar. Sewaktu aku nak membeli, terdapat jualan murah tiket pada musim bunga iaitu dengan harga 70 pounds untuk tiket 2-ways return. Kami membeli dengan happy nya.
.
Jpah~
.
Kami menaiki tren Eurostar dari St Pancras International, London. Protokol imigresen die hampir sama ngan menaiki flight. Passport anda diteliti dan anda perlu check-in sejam awal. Biaserla, untuk keluar dari UK, tiada masalah sangat, mudah sahaja anda dilepaskan.
.
Perjalanan dari London ke Paris memakan masa hampir 2 jam menaiki tren Eurostar yang laju itu. Tren ini agak selesa, dengan disediakan meja makan dan plag elektrik. Ruang duduk agak selesa. Aku dan Azri banyak berborak sepanjang perjalanan, di samping Azri membuka laptopnya untuk menonton video2.
.
Di dalam tren ini, anda boleh berjalan ke gerabak lain. Di gerabak depan, terdapat kafe untuk anda membeli makanan dan minuman. Barang2 dijual menggunakan dua currencies, yakni Pounds Sterling dan Euro. Anda boleh mendapatkan jus, Walker's dan sebagainya di sini.
.
Kami menyeberangi Selat Inggeris menggunakan terowong bawah laut. Ramai yang bertanya aku, "Masa seberang laut tu, nampak ikan tak?
Aku menjawab, "Ini bukan aquarium, jadi bawah terowong tu gelap je"
.
Jadi, setelah kami keluar dari terowong, aku sedar aku sudah berada di bumi Napoleon Bonaparte. Pasaraya2 Sainsbury's sudah tidak kelihatan, sebaliknya pasaraya Carrefour pula yang dapat dilihat. Jam perlu diubah cepat sejam, maklumlah France berada pada zon masa berbeza dari UK sebanyak satu jam. Walaupun telah sampai ke France, perjalanan masih mengambil masa lebih sejam untuk sampai ke kota Paris itu sendiri. Sepanjang perjalanan, kami melalui padang yang luas.
.
Akhirnya, kami sampai ke Gare du Nord. Ini adalah stesen keretapi terbesar di Paris, maklumlah, International. Aku dan Azri Unlimited begitu excited apabila sampai, maklumlah ke negara baru. Namun, kami sedar cabaran yang akan kami hadapi, terutama sekali cabaran bahasa. Buat pengetahuan, orang Perancis tidak suka kepada orang Inggeris, jadi Bahasa Inggeris amat mereka tidak suka. Jadi, jika anda berbahasa Inggeris, layanan mereka sedikit lain.
.
Papan tanda di stesen sudah bertukar kepada bahasa Perancis.
.
.
Sortie, Relais toilettes.
Dan sebagainya membuatkan kami lebih excited lagi.
.
.
Cabaran pertama kami hadapi sejurus selepas turun dari tren. Dari Gred du Nord, kami ingin ke Garibaldi, kerana di situ terletak hotel penginapan kami, Hotel Formule 1. Ketika di stesen Metro (macam tube di London dan tren2 di KL), kami ingin membeli tiket. Jadi azri pergi ke kaunter untuk membeli tiket. Mujur penjual tiket itu faham sedikit English, namun beliau agak kasar sedikit. Kami faham.
.
Metro~
.
Sistem Metro di Paris ini lebih kurang sama dengan London. Mujur hidup di London membuatkan aku kurang menghadapi masalah dengan sistem di sini. Aku mudah dan cepat memahami sistem Metro ini. Maka, kuranglah berinteraksi dengan masyarakat French ni, huhu. Pesanan aku, bagi yang nak ke Paris, biase2 kan la diri dengan sistem tube di London tu dulu..
.
Bersambung....
.
.
*Penulis ialah Muhammad Huzaifah Abd Rashid, pelajar tahun dua, Biotechnology di Imperial College London. Ketua AJK Promosi FUIYO n webmaster. Blog beliau.

Saturday, August 29

Keinginan vs keperluan

Oleh: Ajah
Editor: Ajah
.
Keperluan?

Bermaksud yang tidak boleh tidak. Wajib ada.. penting..
Contoh: Pakaian, tempat tinggal, makanan, kasih-sayang dll.
.
Keinginan?
Sesuatu yang diingini. Tak pe kalau tak de.. masih boleh survive dan hidup dengan baik.
Contoh: Makanan yang sedap, pakaian berjenama, rumah yang berlebihan besarnya sampai ada bilik yang tak digunakan dll.
.
Rasenya, semua sudah tahu membezakan keperluan dan keinginan..
.
Belajar dari Umar.
suatu hari, pembantu Umar berkata dalam hati, "Hari ini, aku akan membuatkan Umar mencela makanan." Lalu dia menghidangkan segelas susu masam untuknya. Sejurus selepas minum, wajah Umar berubah. Dia tidak mencela minuman itu sebaliknya berkata, "Duhai betapa lazatnya rezeki Allah swt"
.
Bagaimana dengan kita?
"Tak sedap la ikan jaket ni. Tak lalu nak makan. Tak nak makan la.. Jom g cafe" kata kita lalu meninggalkan makanan ie rezeki tersebut dalam tong sampah.
.
"Wut eva nya.. pakai barang Primark? eww.. I paling kurang pun, nak pakai Dolce n Gabbana"
.
Betapa kita selama ini berbelanja atas dasar keinginan, bukan keperluan!!
.
Belajar dari anak Umar.
Abdullah bin Umar sejak ditegur ayahnya, dia terus meninggalkannya.
Pembantunya Nafi berkata, "Setiap kali Abdullah bin Umar mencintai sesuatu daripada harta miliknya, dia akan melepaskannya. Suatu hari, dia menunggang seekor unta dan merasa sangat menyukainya. Dia segera turun dari unta itu dan berkata, "Wahai Nafi, lepaskan pelana ikatan unta ini dan jadikanlah ia korban untuk Baitullah."
.
Bagaimana pula dengan kita?
Bagaimana jika bag Guess yang bernilai 100 pound yang baru anda beli semalam terkena sedikit dakwat pen oleh kawan anda? tanpa disengajakan.. apa reaksi anda?
"Hoi, ko ingat aku beli bag ni dengan daun?"
.
Di mana sense kita untuk mengorbankan perkara yang paling kita sayangi untuk Allah? Jika ada derma kepada anak yatim, barang apakah yang kita akan sumbangkan dahulu?
"Hurm.. baju mana yang dah bosan pakai ek? ada beberapa yang dah tak muat. boleh bagi yang ni. Oh, yang ni terkena clorox.. bagi jugakla.. bukan aku pakai pun kalo simpan."
.
Begitulah sikap kebanyakan dari kita.
.
.
"Alah, tengoklah tahap iman mereka. Mereka tu figure2 besar Islam"
.
Benar.. Mereka ialah 'orang besar' yang melihat perkara kecil sebagai besar.
.
Bagaimana dengan kita?
'orang kecil', tetapi juga melihat perkara kecil sebagai kecil.. malah meremeh-remehkan ia lagi..
Jika 'orang besar' yang dijamin syurga mengambil berat soal ini, apatah lagi kita 'orang kecil' yang belum tentu destinasi nanti.. ke syurga atau neraka..
.
.

Friday, August 28

PUISI 2008 revisited

Oleh: Ajah
Editor: Aja
h
.
Memulakan perjalanan di Killarney Park~
.
.
Friendship~
.
Ketibaan peserta di tempat program..
.
Sesi perbincangan yang menarik~
.

Thursday, August 27

PUISI 08 in memory

Oleh: Ajah
Editor: Ajah
.

Ramai yang bertanya.. apakah itu PUISI?
Apa aktiviti2 PUISI ni??
Jadinya, saya menulis satu post untuk menceritakan pengalaman di PUISI tahun lepas..
.
PUISI ni ialah Perhimpunan Ukhuwah Insaniah Seluruh Ireland.. bukan program macam Puisidra Sains, duk bersajah, berpantun tu..
.
Basically, program ini ialah satu perhimpunan musim sejuk.. di mana pelajar melayu di UK dan Ireland berkumpul selain daripada program seperti FUIYO.
.
Seperti namanya, setiap tahun, PUISI berlangsung di Ireland.
.
Berikut ialah preview PUISI 08.
.
Perjalanan dari Dublin ke Killarney. Mengambil masa lebih kurang 5 jam.
Masa yang baik untuk beramah mesra dengan kawan2.. juga masa untuk berkenalan :)
.
PUISI 08 menampilkan 3 penceramah hebat. Mereka ialah UZAR, Ustaz Amin dan Ustaz Erfino.
.
Penceramah pertama: Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman. (UZAR)
.
Penceramah kedua: Ustaz Amin.
.
Penceramah ketiga: Ustaz Erfino.
.
Tema PUISI tahun lepas ialah The fantastic four.
Membincangkan 4 perkara iaitu Aqidah, Ibadah, Akhlak dan Muamalat.
Yang dibawakan oleh 3 penceramah yang hebat dan mantop.
.
Melalui pengisian tahun lepas, banyak yang saya perolehi.. dari isu2 semasa seperti salaf dan khalaf (ie penjelasan apakah dan mengapakah berlaku sedemikian) hinggalah kepada perkara2 yang melibatkan kehidupan di UK seperti isu kad kredit, bank konvensional yang melibatkan riba dsb.
.
pokoknya, pengisian yang amat bermanfaat..
.
Perjalanan yang panjang.. berhenti sebentar untuk berehat dan solat.. (KYUEMians..)
.
LDK yang menarik~
.
Berselang seli dengan ceramah juga ada LDK untuk menambah lagi kefahaman dan juga menjadi platform perbincangan. Juga masa untuk beramah mesra dengan kawan2 baru serta fasi2..
.
Sesi perbincangan yang hangat dan informatif~
.
Antara peserta muslimin~
.
.
KYUEMians lagi :)
.
.
Lebih menariknya, ada satu aktiviti outdoor.. kami dibawa berjalan-jalan di Killarney Park yang cantik..
.
Masa untuk kami merehatkan minda, juga tadabur alam, melihat kebesaran ciptaan-Nya.
.
Sempat berposing dan bergambar~
.
Salah satu pemandangan indah di Killarney Park~
.
Peserta PUISI mengambil peluang berehat2 di bawah pokok. Masa untuk beramah mesra dengan kawan2 baru skali lagi~
.
.
Jadi, apa tunggu lagi? Pendaftaran sudah dibuka!!
Dan tempat adalah terhad.. Jadi, daftar sekarang!!
.
Untuk mendaftar, klik sini.
.
Peserta muslimin~
.
semua peserta.. PUISI best!!
.
Saya sudah mendaftar.. adik2 bila lagi?? Jom g PUISI sama2!!
.
.

Wednesday, August 26

PUISI kembali


PUISI 2009 kini kembali..
.
bertempat di Mount Melleray, Ireland
.
Pada 22-26 Desember 2009
.
Yuran: lebih kurang 35 pound sahaja!
.
Pendaftaran juga telah dibuka!!!
Daftar di sini sekarang. Tempat amat2 terhad. Jadi, daftar sekarang!! Isi percutian indah musim sejuk nanti dengan pengisian di PUISI.
.
PUISI = Perhimpunan Ukhuwah Insaniah Seluruh Ireland.
Winter Gathering pada cuti musim sejuk nanti.
.
Untuk daftar, tekan sini

Tuesday, August 25

Virtual Tour: Prayer Room

Oleh: Wau.bulan

Editor: Ajah

(ada sedikit tambahan dalam post ni yang dibuat pada 25 Aug, jam 2.30pm)

.

Komuniti muslim di Guildford tidaklah sehebat bandar-bandar yang besar seperti Birmingham,Manchester ataupun Kota London itu sendiri. Justeru itu, sehingga hari ini, bandar Guildford masih tidak mempunyai lagi Masjid yang membolehkan kegiatan dakwah berlangsung dengan mudah dan berpusat. InsyaAllah, kita sama-sama berusaha mendirikan masjid dengan bantuan semua termasuk anda juga.

.

Namun demikian, kami dapat menunaikan solat 5 waktu sehari semalam tanpa sebarang masalah, lebih-lebih lagi solat berjemaah. University menyediakan ‘Prayer Room‘ kepada muslim untuk mengerjakan ibadah ini. Alhamdulillah.

.

Tuntutan berjemaah pada solat 5 waktu yang selain daripada solat fardhu Jumaat, pada pendapat yang masyhur dan paling sahih menurut Imam an-Nawawi adalah tuntutan fardhu kifayah yang diwajibkan bagi orang-orang lelaki yang berakal, baligh, bermukim, mempunyai pakaian menutup aurat dan tidak mempunyai apa-apa keuzuran syarie.

.

Jadi bererti apabila sesebuah mukim mendirikan solat jemaah di tempat yang dikira menzahirkan syiar Islam seperti di masjid atau surau, maka gugurlah dosa atas orang-orang yang bermukim disitu yang tidak hadir bersolat jemaah. Tetapi sekiranya tidak didirikan solat jemaah maka semua penghuni di kawasan itu berdosa.

.

Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa,

.

Rasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah.

.

Imam Muslim pula meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah r.a:

.

Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia tidak mempunyai orang yang boleh memimpinnya pergi ke masjid. Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumahnya. Pada mulanya Baginda telah membenarkannya, tetapi kemudiannya Baginda menarik balik kebenaran tadi setelah Baginda mengetahui bahawa si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat yang dikumandangkan di masjid.

.

Menuju ke Prayer room. Nama baru, Islamic prayer centre~
.

Justeru, komuniti muslim terutama yang belajar di University of Surrey, Guildford (melalui ISOC-Islamic Society Committee), tidak putus-putus berusaha untuk memastikan komuniti muslim dapat menunaikan solat secara berjemaah di kampus. Dengan bantuan University dan Student Society, maka Universiti menyediakan Prayer Room kepada warga Universiti bagi kemudahan semua.

.

Kepada yang warga University of Surrey, kita telah mempunyai satu prayer room (Islamic Prayer Centre) yang baru! (lokasi : Bangunan AA )

.


New prayer room's location~
.
Mungkin ramai yang tidak tahu, prayer room sebelum ini teramatlah sempit dan cukup tidak selesa, sehinggalah terpaksa menunaikan solat berjemaah dengan dilaksanakan dengan beberapa kali. Tambahan pula, cuaca yang kadang-kadang tidak baik menyebabkan kita terpaksa menahan kesejukkan (winter) kerana terpaksa menunggu diluar prayer room bagi menunggu solat jemaah trip yang berikutnya
.
Tempat wudhu'~
.

Waktu Solat

Dunia tanpa sempadan kini telah membantu kita dalam mengerjakan ibadah. Alangkah banyaknya pahala yang diterima oleh yang mengkaji dan mencipta teknologi ini untuk kebaikan ummah. Pahalanya berganda-ganda. Waktu solat juga amat mudah sekarang. Cuma kita download software dan tetapkan beberapa configuration, maka dengan mudah kita dapat mengetahui waktu solat kita (Anda boleh download di SINI). Jika ada kekeliruan, anda boleh bertanya secara e-mail kepada Ustaz Erfino (Education Attache, MSD UK & Ireland)

.
tempat yang makin luas berbanding dulu~
.
Saf~
.

Solat Jumaat

Solat jumaat di UniS (University of Surrey), saban minggu di uruskan oleh ISOC. Ada saja volunteer yang akan kehadapan untuk memberikan apa jua bantuan kepada ISOC samada menjadi Imam, menyusun sejadah,khatib dan bermacam lagi. Sama-sama kita membantu.

.
Tabir~
.
Sebelum itu, buat pengetahuan semua, solat jumaat pada saban minggu tidak diadakan di Prayer Room. Mengikut pengalaman saya, tempat akan bertukar-tukar mengikut keadaan. Adakalanya diadakan di Quiet Centre dan adakalanya diadakan di University Hall (tempat paling besar)! Yang terkini yang saya tahu solat jumaat dilaksanakan di Rubix-Student Union Hall (hadapan Stag Hill Court).
.
Ruang solat yang selesa~
.

InsyaAllah, pengumuman akan diberikan dari semasa ke semasa oleh ISOC (boleh rujuk group ISOC University of Surrey di SINI) dan juga oleh Yahoogroup MSS (Malaysian Surrey Student Society) di SINI.

.

Pengalaman Peribadi

Saya dapat merasakan beberapa peristiwa manis (mungkin ada lagi selepas ini) dan beberapa pengalaman menarik, sepanjang bersama menunaikan solat berjemaah dan juga bergaul dengan komuniti muslim di sini. Sememangnya, perintah mengerjakan solat berjemaah itu ada hikmah yang tersembunyi.

.

Kesempatan solat berjemaah, saya sempat mengenali komuniti muslim yang pelbagai latarbelakang. Peluang itu juga dipergunakan untuk meningkatkan kefahaman tentang cara dan budaya mereka. Saya sempat mendapat berita terkini dari saudara yang berasal dari Palestin, belajar bahasa Perancis dari saudara dari Morocco dan menikmati makanan arab yang kita tahu cukup berselera dengan makanan. Itu adalah sebahagian kecil pengalaman yang mungkin sukar untuk dilupakan. Percayalah!

.

Begitu juga dengan memahami keluasan fiqh yang berbeza mengikut keadaan terutama cara solat. Semestinya mengajar kita erti berlapang dada dan menerima apa sahaja ilmu yang langsung tidak kita ketahui sebelum ini.

.

Akhirnya, saya menyeru diri saya dan pembaca untuk sama-sama menunaikan solat fardhu berjemaah tidak kira dimana kita berada, bukan hanya kerana kewajibannya, bukan juga ganjaran 27 kali ganda dari solat biasa, tetapi… untuk mendapat redhaNYA.

.

Banyakkan memberi, menerima dengan tangan terbuka

.

.

Monday, August 24

Saya suka susu!!

Oleh: Ajah
Editor: Ajah
.
Di dalam sahih Bukhari dan Muslim terdapat sebuah hadis menyebut bahawa Rasulullah s.a.w suatu malam ketika bertolak untuk urusan israk, Baginda dihidangkan secawan susu dan secawan arak. Baginda emmandang dan mengambil cawan yang berisi susu.
Malaikat Jibril berkata, "Segala puji bagi Allah yang telah menunjukkan dirimu kepada fitrah. Jika kamu mengambil arak, umatmu pasti tersesat.
.
Minuman pertama kita sejak kecil juga susu..
.

Anda suka susu??
Jom g beli susu!! :)
Kalo di UK atau lbh spesifiknya Surrey, susu boleh didapati di semua kedai. Dan harganya pun murah ajo.. dalam 1 pound lebih satu botol. (sila jangan convert ke RM)
.
.

Sunday, August 23

Virtual tour: Library

Oleh: Ajah
Editor: Ajah

.
Pintu masuk Library~
.
Library 5 tingkat.. terletak berhadapan Battersea Court.
.
Waktu buka
Isnin - Khamis: 0830 - 0130
Jumaat: 0830 - 0030
Sabtu: 1030 - 1800
Ahad: 1030 - 2230
.
Waktu buka ni untuk semester.. time cuti sem, mase buka sedikit limited..
Dan pernah buka 24 jam time nmak dekat exam. Boleh la bawak duvet dan bantal untuk study dengan kiasunya di sini :)
.
Ada tempat letak basikal di kanan pintu masuk~
.
antara servis yang ada di sini
1. wireless network.
Jadi, boleh gunakan internet di mana2 ruang dalam library ni dengan lap top peribadi.
.
2. silent study area
Ni ada di beberapa tingkat.. Tingkat 2, 4 dan 5 (kalo tak silap)
berbisik-bisik pun tidak dibenarkan di sini.. (dasyat tak??)
Orang2 di sini dikatakan nerd.. (ntahla.. )
.
3. printing and photocopying
Ni boleh didapati pada ground level.
Ada satu ruangan bersebelahan dengan lift.
Servis lain: laminate dan print gambar pada baju.
.
4. cafe area
terletak di tingkat 1. (naik tangga je, tak payah naik lift.. bersenam sikit)
Kat sini, meja2 yang disediakan seperti meja di cafe.. sesuai untuk discussion dan
Satu-satunya level yang boleh bawak makanan.. level2 lain, hanya boleh bawak air minuman sahaja..
Ada vending machine untuk kopi. Boleh la minum kalo ngantuk..
.
.

Saturday, August 22

Di mana janji kita?

Oleh: Ajah
Editor: Ajah
.

Di alam roh, manusia sangat rapat dengan Tuhan. Pada saat itu, roh sangat kenal dan mengakui keesaan Allah sebagai Rabb (pencipta-Nya).
.
Kita pernah bersaksi kewujudan-Nya (seperti ayat al-Quran di atas).. bermakna, kita juga telah berjanji, akan menjadi hamba-Nya.
.
Kita bukan pekerja-Nya yang boleh meminta cuti dari ibadat dan ketaatan mengikut kemahuan kita.
.
Kita hanyalah hamba. Yang makan pakainya semua disediakan oleh Tuan. Tuan sebagai tempat bergantung mutlak. Tiada makanan dari Tuan, kebulur la hamba tadi.
.
Setelah Tuan sediakan segalanya, cukup makan pakainya, mengapa hamba tadi masih engkar?
Masih melakukan perkara yang menimbulkan kemarahan Tuannya?
.
Jadilah hamba Allah yang sebenar-benarnya.. yang bagaimana tu?
Hamba Allah yang meninggalkan larangan Allah, melakukan suruhan Allah, bersyukur atas nikmat kurnian Allah, dan melakukan apa sahaja untuk menyukakan Allah. Kerana Allah dah beri banyak kepada kita.
.
Bezakan antara hamba n pekerja.. dan sedarlah, kita hamba dan bukannya pekerja.. Jadi, tiada cuti dalam beramal. Tiada cuti dalam meninggalkan larangan.. n semuanya dilakukan dgn rse sayang hamba pada Tuannya yang dah beri banyak kepadanya.
.
Allah mencintaimu dengan nikmat, mengapa membalasnya dengan maksiat?
.
.

Friday, August 21

junior2 surrey~

Oleh: Wani
Editor: Wani
.
kak jannah pon ada skali bersama junior2 dan semestinya saya pon ada skali~

mesti ramai warga surrey di sana x sabar menunggu kedatangan junior2 baru ke surrey..bestkan dapat adik2 baru? (terasa macam great senior la plak sedangkan baru 2nd year..hehe) ..makin meriah lagi la warga mss disana dengan kedatangan mereka ini ke surrey..seperti biasa kpm menghantar bakal2 pendidik mereka ke surrey seramai 6 orang..5 perempuan dan 1 lelaki..


inilah wajah2 yang akan memeriahkan surrey
dari kiri (ika,farzana,shakila,tika,liyana dan muz)

saya berkesempatan berjumpa mereka di pre-departure yang kpm anjurkan baru2 ni..mereka sememangnya bersemangat dan berkobar-kobar nak menjejakkan kaki ke uni.of surrey..namun seperti biasa macam senior2 yang lepas mereka akan menyambut hari raya aidilfitri di surrey..tak pe,jangan sedih..warga2 surrey di sana akan bersama-sama merayakannya dengan meriah sekali walaupun di perantauan..

Jom belajar bahasa

Oleh: Ajah
Editor: Ajah
.
Di Surrey, anda dapat belajar bahasa secara percuma.. Bes kan?
.
You can start a new language, brush-up a half forgotten one, or continue a language you have learned previously.
.
Ada 3 level untuk anda pilih bagi setiap bahasa..
Beginner, Intermediate and High level.
.
Arabic
.
Antara bahasa yang ditawarkan:
Arabic
Chinese (Mandarin)
Japanese
Dutch
French
Spanish
Italian
Portuguese
Russian
German
Polish
.
Japanese..
.
Banyak bahasa untuk dipilih..
amik peluang untuk belajar bahasa ini.. Bahasa Arab ke.. boleh faham al-Quran.. senang nak hafal nanti..
.
Chinese..
.
Bagaimana untuk mendaftar?
Layari laman web ni dan daftar di situ.
Pastikan anda ada bersama jadual kelas harian untuk pastikan pemilihan kelas bahasa yang sesuai dengan jadual anda.
Perlu cepat sebab tempat adalah terhad.. Limited places!!
.
.