Tuesday, May 12

i-SOLE

Oleh: Ajah
Editor: Ajah
.
i-SOLE?? apakah itu?
islamic-Seminar On Leadership.
Dengan kehadiran 8 penceramah mantop!! 8 tu, bukan sorang dua je..
.
Juga tawaran penempatan percuma di MSD selama 3 hari program..
Tempat terhad.. jadi, cepat2 rebut..
Camne??
Email nama, Num Telefon dan University ke sil09.register@gmail.com.
.
Btw, penting ke blaja pasal kepimpinan?? aku bukan nak jadi PM pun.. tak nak gaduh2 rebut jawatan la..
.
Sabda Rasulullah, "Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin. Seorang pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya.
Seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Manakala seorang isteri adalah pemimpin rumahtangga, suami dan anak-anaknya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka.
Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan dia juga akan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Ingatlah, kamu semua adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin."
Hadith Riwayat Muslim (hadis no. 1829) dan Imam Al-Bukhari (hadis no. 4789)
.
"oh, kita semua pun pemimpin la kalau gitu"
"Yup.. memang ye pun"
.
"So, nak tak nak, kita kena bertanggungjawab la kan atas apa yang kita pimpin.. kalau tak, macam kena jawab plak dengan Allah kalau tak jalankan dengan baik"
"Yup.. benar"
.
"Adei, camne ni? Aku bakal jadi isteri dan kena didik anak. Lelaki plak bakal jadi suami dan kena didik isteri + anak."
"Tambahan, kita juga pemimpin makhluk Allah yang lain. Tak ke kita khalifah?"
.
"A'aa ek.. lupa plak tugas tu. Macam kena join je program ni. Perlu tahu n latih diri sebagai pemimpin Islam"
"Em, bagus2.. jom sama2 email pak cik ni sil09.register@gmail.com. Sape dia ye? try kacau dia nak?? haha.. gurau2" (Dalam hati: oh yeah!!.. berjaya bawak dia pegi.. moga bermanfaat untuk dia dan semua yang bakal dia pimpin, InsyaAllah)
.
Ps: i-SOLE tu tak diiktiraf MMCL pun.. penulis sesaje letak. Letak i-SEMOLE pun cun gak kan?
islamic SEminar On LEadership.. hhoho.. pape jela..
.
.

Sunday, May 10

Surrey Circle berwajah baru

Oleh: Ajah
Editor: Ajah
.
cawan free dapat masa Career Fair 2008
Assalamualaikum..
.
Blog ini sudah berwajah baru... =)
Isi nya juga akan diperbaharui.. baru camne tu?? hoho.. tunggu!!
.
Surrey
.
Kami memerlukan kolumnis tetap Life@Surrey untuk beberapa kategori artikel.
.
1. Thoughts and Reminders (pengisian rohani)
2. Travel Tips (travel tips around UK and Europe)
3. Cook-o-rama (resepi dan tips masakan)
4. Report Kaki Kepoh (berita hangat Surrey!!)
.
Berminat??
jom hantarkan email ke ajah1522@yahoo.co.uk
cepat.. coz sape cepat dia dapat =)
.
Kumpulan Nasyid Surrey (kumpulan nasyid rasmi ke ni?? )

Saturday, May 9

Halal dan Baik

Oleh: Ajah
Editor: Ajah
.
Rata-rata kita peka dan teliti dalam pengambilan makanan yang halal. Sanggup membayar lebih untuk mendapatkan daging ayam halal.
Namun, kisah kah kita dengan pengambilan makanan yang baik?
Baik kah makanan kita dari segi kuantiti, zat dan cara memasak?
.
"Makanan ni, bukan hanya diambil kira dari segi zat dan halal nya. Sebab tulah, lebih baik makanan masakan sendiri. Kita orang islam, memasak dimulakan dengan bismillah. Dan zikir-zikir yang baik semasa memasak." teringat pesan Kak Zaf semasa MOC dulu.
.
"Wahai manusia! Makanlah dari (makanan) yang halal dan baik yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh Syaitan itu musuh yang nyata bagimu"
Surah Al-Baqarah 2:168
.
Ada satu blog yang mengisahkan sejarah Eropah merahsiakan penggunaan lemak babi dalam makanan dengan menggunakan kod-kod matematik. Boleh rujuk blog ini
.
Produk-produk dengan kod di bawah mengandungi lemak babi.

E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234,
E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430,
E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474,

E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483,E491, E492, E493,
E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904...

"Maka hendaklah manusia itu memerhatikan makanannya," (Surah Abasa 80:24)

peliks nape kalo tabung, mesti nak bentuk ni.. badan dia besar n boleh letak banyak duit ek? tapi gajah lagi besar.. nape tak digunakan gajah?? erm..
.
Jika kita sangat mengambil berat pengambilan makanan halal, mengapa kita kelihatan tenang dengan menggunakan perbankan konvensional?
.
"Aik, nape dengan perbankan konvensional? Aku amik yang bebas interest. Aku tak ambik pun riba tu."
Penjelasan boleh didapati dalam ceramah ini.

Monday, May 4

Kewajipan-kewajipan Muslimah

Oleh: Azwani
Editor: Azwani
.
Dipetik dari buku "Isteri Teladan Igauan Seorang Suami'. Sebelum mendirikan rumah tangga, penuhilah diri kita dengan ilmu-ilmu untuk persediaan kita dan jangan sampai tiba waktu kita melangkah ke alam perkahwinan barulah nak pergi beli buku alam rumah tangga atau pun cara untuk mendidik anak-anak. Jadikan masa kita bermanfaat setiap masa dengan ilmu.
Kewajipan-kewajipan yang harus dikerjakan oleh kaum wanita adalah merupakan kehidupan dan kesempurnaan akhlak bagi seorang muslimah terutama apabila sesudah mendirikan rumah tangga. Diantaranya adalah:
1) Melaksanakan solat lima waktu dengan sepenuhnya dan mendirikan tepat pada waktunya. Lakukanlah dengan penuh tenang dan khusyu' agar ibadat kita akan diterima disisi Allah. Hiasilah dengan amalan-amalan sunat seperti zikir dan doa-doa.
2) Setia kepada suami dan kedua ibubapa,jika mereka masih hidup. Berusaha memenuhi
kemahuan suami,berkata-kata dengan baik dan bersedia meminta maaf atas kesalahan yang
dilakukan.
3) Mendidik anak-anak dengan memberikan sesuatu yang berguna kepada mereka.
Mendidik akhlak yang sempurna, yakni mengamalkan sifat-sifat mahmudah dan
meninggalkan sifat-sifat mazmumah.
4) Mengerjakan segala keperluan rumahtangga, baik tentang kebersihannya,
mengatur rumah dan menjaga pemakanan keluarga.
5) Menghormati ibubapa serta memelihara silaturrahim..
"janganlah kamu menyembah selain Allah, dan berbuat baiklah kepada ibubapa, kaum
kerabat, anak-anak yatim, dan orang-orang miskin serta ucapkanlah kata yang kepada
manusia."
(al-baqarah:83)
Rasulullah SAW bersabda:
"Tidak akan masuk syurga barang siapa memutuskan tali silaturrahim"
(HR:Bukhari dan Muslim)
6) Menjaga kehormatan diri, dengan cara merendahkan suara, tidak keluar rumah
tanpa ada sesuatu yang mustahak. Tidak bergaul secara bebas dengan yang bukan muhrim.
7) Berlaku baik terhadap tetangga, menanyakan khabar dan menawarkan bantuan kepada
mereka.
Jadi kepada sesiapa yang sudah menanam tekad untuk berkahwin dalam masa terdekat ini adakah anda sudah mempunyai ciri-ciri seperti diatas atau pun masih mencari-cari?...tanyalah iman anda...