Saturday, August 22

Di mana janji kita?

Oleh: Ajah
Editor: Ajah
.

Di alam roh, manusia sangat rapat dengan Tuhan. Pada saat itu, roh sangat kenal dan mengakui keesaan Allah sebagai Rabb (pencipta-Nya).
.
Kita pernah bersaksi kewujudan-Nya (seperti ayat al-Quran di atas).. bermakna, kita juga telah berjanji, akan menjadi hamba-Nya.
.
Kita bukan pekerja-Nya yang boleh meminta cuti dari ibadat dan ketaatan mengikut kemahuan kita.
.
Kita hanyalah hamba. Yang makan pakainya semua disediakan oleh Tuan. Tuan sebagai tempat bergantung mutlak. Tiada makanan dari Tuan, kebulur la hamba tadi.
.
Setelah Tuan sediakan segalanya, cukup makan pakainya, mengapa hamba tadi masih engkar?
Masih melakukan perkara yang menimbulkan kemarahan Tuannya?
.
Jadilah hamba Allah yang sebenar-benarnya.. yang bagaimana tu?
Hamba Allah yang meninggalkan larangan Allah, melakukan suruhan Allah, bersyukur atas nikmat kurnian Allah, dan melakukan apa sahaja untuk menyukakan Allah. Kerana Allah dah beri banyak kepada kita.
.
Bezakan antara hamba n pekerja.. dan sedarlah, kita hamba dan bukannya pekerja.. Jadi, tiada cuti dalam beramal. Tiada cuti dalam meninggalkan larangan.. n semuanya dilakukan dgn rse sayang hamba pada Tuannya yang dah beri banyak kepadanya.
.
Allah mencintaimu dengan nikmat, mengapa membalasnya dengan maksiat?
.
.

No comments: