Saturday, August 29

Keinginan vs keperluan

Oleh: Ajah
Editor: Ajah
.
Keperluan?

Bermaksud yang tidak boleh tidak. Wajib ada.. penting..
Contoh: Pakaian, tempat tinggal, makanan, kasih-sayang dll.
.
Keinginan?
Sesuatu yang diingini. Tak pe kalau tak de.. masih boleh survive dan hidup dengan baik.
Contoh: Makanan yang sedap, pakaian berjenama, rumah yang berlebihan besarnya sampai ada bilik yang tak digunakan dll.
.
Rasenya, semua sudah tahu membezakan keperluan dan keinginan..
.
Belajar dari Umar.
suatu hari, pembantu Umar berkata dalam hati, "Hari ini, aku akan membuatkan Umar mencela makanan." Lalu dia menghidangkan segelas susu masam untuknya. Sejurus selepas minum, wajah Umar berubah. Dia tidak mencela minuman itu sebaliknya berkata, "Duhai betapa lazatnya rezeki Allah swt"
.
Bagaimana dengan kita?
"Tak sedap la ikan jaket ni. Tak lalu nak makan. Tak nak makan la.. Jom g cafe" kata kita lalu meninggalkan makanan ie rezeki tersebut dalam tong sampah.
.
"Wut eva nya.. pakai barang Primark? eww.. I paling kurang pun, nak pakai Dolce n Gabbana"
.
Betapa kita selama ini berbelanja atas dasar keinginan, bukan keperluan!!
.
Belajar dari anak Umar.
Abdullah bin Umar sejak ditegur ayahnya, dia terus meninggalkannya.
Pembantunya Nafi berkata, "Setiap kali Abdullah bin Umar mencintai sesuatu daripada harta miliknya, dia akan melepaskannya. Suatu hari, dia menunggang seekor unta dan merasa sangat menyukainya. Dia segera turun dari unta itu dan berkata, "Wahai Nafi, lepaskan pelana ikatan unta ini dan jadikanlah ia korban untuk Baitullah."
.
Bagaimana pula dengan kita?
Bagaimana jika bag Guess yang bernilai 100 pound yang baru anda beli semalam terkena sedikit dakwat pen oleh kawan anda? tanpa disengajakan.. apa reaksi anda?
"Hoi, ko ingat aku beli bag ni dengan daun?"
.
Di mana sense kita untuk mengorbankan perkara yang paling kita sayangi untuk Allah? Jika ada derma kepada anak yatim, barang apakah yang kita akan sumbangkan dahulu?
"Hurm.. baju mana yang dah bosan pakai ek? ada beberapa yang dah tak muat. boleh bagi yang ni. Oh, yang ni terkena clorox.. bagi jugakla.. bukan aku pakai pun kalo simpan."
.
Begitulah sikap kebanyakan dari kita.
.
.
"Alah, tengoklah tahap iman mereka. Mereka tu figure2 besar Islam"
.
Benar.. Mereka ialah 'orang besar' yang melihat perkara kecil sebagai besar.
.
Bagaimana dengan kita?
'orang kecil', tetapi juga melihat perkara kecil sebagai kecil.. malah meremeh-remehkan ia lagi..
Jika 'orang besar' yang dijamin syurga mengambil berat soal ini, apatah lagi kita 'orang kecil' yang belum tentu destinasi nanti.. ke syurga atau neraka..
.
.

No comments: