Friday, August 14

Dari Guildford, Surrey ke London

Oleh: Ajah
Editor: Ajah
.
Guildford tersangat la dekat dengan London. Hanya 35 minit perjalanan dengan train atau 1 jam dengan bas.
.
Ruang dalam train.. selesa~
.
Untuk ke London, ada 2 pilihan pengangkutan..
iaitu bus (national express) dan train (South West Train).
Namun, disebabkan harga tiket yang tidak jauh bezanya, dan perjalanan yang lebih selesa dengan train, adalah disarankan untuk menggunakan khidmat train sahaja.
.
self service machine~ (boleh guna cash n card)
.
ok.. jika mahu ke London, anda perlu ke Train station dan membeli tiket.
Boleh menggunakan mesin self service atau beli secara manual di kaunter tiket.
.
Ada beberapa jenis tiket. Jadi, pilih ikut perjalanan anda.. jadi, perlu plan sebelum memulakan perjalanan..
1. Travel Day Ticket
2. Single Ticket
3. Return ticket.
4. Group of 3 ticket
5. Group of 4 ticket
.
contoh train ticket~
.
Travel Day ticket
*Dengan tiket ni, anda blh menggunakan sume jenis public transport di London dari zon 1 ke zon 6 tanpa had.
*ianya hanya valid selama sehari sahaja. (ie akan tamat tempoh penggunaan selepas pukul 12 malam hari tersebut)
*Tiket ini juga adalah tiket dua hala.. yakni, boleh digunakan dari Surrey ke London, dan dari London pulang semula ke Surrey
*tidak wujud Travel Day Ticket yang bersifat single ticket.. yakni sehala je.. kalau anda tak nak balik semula ke Surrey n mahu menggunakan public transport tanpa had di London, anda tak dapat mengelak dari fungsinya yang dua hala ini.
.
Return ticket
*tak dapat gunakan tiket ini untuk public transport di London. Jadi, perlu guna Oyster Card.
*Bersifat dua hala (seperti yang diterangkan di atas)
.
Single ticket
*juga tak dapat digunakan utk public transport di London
*bersifat sehala sahaja.
.
Group of 3 ticket
*tiket ini digunakan untuk travel dalam grup 3 orang. Semua (ie ketiga-tiga) mesti ada di kaunter untuk beli tiket ni.
*kelebihan: kadar harga sama seperti ketiga-tiga menggunakan Rail Card. Ie dapat diskaun 20% setiap seorang.
.
Guildford Train Station~
.
Group of 4 ticket.
*digunakan untuk travel dalam grup 4 orang.
*kelebihan: diskaun yang jauh lebih tinggi dari menggunakan Rail Card
.
Jadi, pilih tiket yang bersesuaian dengan trip anda.
.
Lepas tu, amik train ke Waterloo Station.
Ada dua route.
1. Route via Woking: fastest train to Waterloo.. mengambil mase lebih kurang 40 minit utk smp.
2. Route via ?? (lupe dah). Route ni mengambil mase sejam ke sejam setengah.
.
Amik Route 1 sebab lebih cepat smp ke London. Kecuali jika mahu tidur selama sejam lebih dalam train (macam yang penulis selalu buat jika keletihan)
.
Dan, setibanya di Waterloo Station, boleh dapatkan Oyster Card di kaunter Tube Station.
Then, enjoy your day in London!! (Like I alwaiz do.. hehe)
.
Oyster card untuk kegunaan di London~
.
Untuk perjalanan di dalam area London, plan perjalanan anda menggunakan servis journey planner di website ini
.
.

No comments: