Sunday, August 16

Celik mata hati

Oleh: Ajah
Editor: Ajah
.
Makna yang tersirat daripada kata-kata Sayidina Ali di atas.
Kelak, bila mati barulah si mati dapat "melihat" hidup dengan jelas dan tepat.. betapa selama hidup, dia "tidak sedar".
.
Setelah terhantuk (mati), baru terngadah (tersedar).
.
Rupa-rupanya apa yang diburu di dunia hanyalah dosa.
Hiburan, harta, kedudukan...
.
Mereka bukanlah buta atau pun tuli terhadap ayat-ayat Allah, tetapi mereka buta mata hati. Hati ditutup dari cuba menyelami dan menyedari tentang keesaan Allah. Kebenaran ayat-ayat Allah.. janji-janji Allah..
.
"Apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu dengan hati yang mereka miliki dapat memahaminya atau dengan telinga yang mereka miliki dapat mendengar semuanya? Sesungguhnya, (mereka tidak memahami( bukanlah kerana mata yang buta tetapi yang buta itu ialah hati yang tersembunyi di dada"
Surah Al-Haj 22:46
.
Manusia akan mempunyai kesedaran hanya apabila mata hati terbuka.. ie celik.
Pandangan menggunakan mata hati inilah yang paling tepat.
.
Apakah pandangan mata hati?
Contoh: memandang umur yang ada dengan 4 pandangan.. pandangan mata, akal, nafsu dan mata hati.
.
Dengan pandangan mata, hanya dapat melihat urat dan daging.. yakni fizikal. Umur yang muda, pandangan mata akan melihat sebagai tidak berkedut dan masih cantik.
.
Pandangan akal, melihat umur dengan analisis dari pengetahuan yang ada.
"Umur muda.. berapa tahun? 24 tahun.. risiko emndapat penyakit kronik masih kecil jika menjaga pemakanan dengan baik" itulah kata pandangan akal.
.
Pandangan nafsu melihat umur yang muda sebagai,
"Muda hanya sekali. Jangan disia-siakan peluang yang datang hanya sekali ini."
Orang yang melihat dengan pandangan nafsu, mana lagi kalau bukan hiburan.. disko, dangdut, lagu2 yang melalaikan, berkepit dengan 'buayafriend' atau 'gelifriend'.
.
Bagaimana dengan orang yang melihat umur dengan pandangan mata hati?
Mereka merasakan masa muda ialah 'prime time' yang menjadi aset penting sebagai bekalan akhirat. Mana tidaknya, salah satu soalan di akhirat kelak ialah, di mana masa muda digunakan.
.
Mata hati akan celik jika melihat segalanya dengan pandangan pencipta, yakni Allah. Macam mana nak tahu pandangan Allah ni? Melalui al-Quran dan Hadith.
Bagaimana Allah melihat Kiamat, Syurga dan Neraka? Bagaimana Allah melihat kehidupan dunia? Bagaimana Allah melihat masa di dunia, singkat atau panjang?
Semuanya terkandung dalam Al-Quran..
.
Jadi, bacalah dan hayati pandangan Allah.. Agar celik mata hati kita..
.
.

No comments: