Friday, March 27

Malam Gala Wardah Pesona

Oleh: Azwani
Editor: Azwani



Malam Gala Wardah Pesona

Sukacita dimaklumkan bahawa Malaysian Surrey Society menganjurkan Malam Gala Wardah Pesona yang dirangka khas untuk muslimah di Surrey ini.Program ini bertujuan untuk mengeratkan ikatan ukhuwwah diantara sesama muslimah dan bersatu dalam menjayakan program ini.



Program ini diserikan dengan busana muslimah,persembahan mengikut court masing-masing dan cabutan bertuah.Yang pastinya,terdapat anugerah-anugerah yang akan menghiasi pada malam itu dengan lima anugerah yang dipertandingkan. Berikut merupakan anugerah yang akan diadili oleh juri-juri pada malam tersebut:



1)Muslimah penyayang



2)Muslimah berdedikasi



3)Muslimah rajin



4)Muslimah menawan



5)Queen of d'night





Persembahan yang terbaik akan diberikan hadiah dan program ini terbuka kepada semua warga Surrey.Bagi diluar dari kawasan Surrey juga dialu-alukan kedatangan anda semua bagi menjayakan lagi malam ini.

Tema:Muslimah Sejati

Tarikh:2 April 2009

Masa:7-11 malam

Tempat:Management School