Monday, August 31

Hutang

Oleh: Ajah
Editor: Ajah
.
.
Terbaca tentang hutang.. tulisan UZAR dalam sebuah majalah.
.
Ada satu persoalan. Kalau ada hutang, tapi lupe brape hutang tu.. tapi yakin ada hutang dengan individu atau syarikat tersebut.. apa yang perlu dilakukan? boleh ke hutang tersebut dibayar ke baitulmal atau diberikan pada fakir miskin?
.
Dan jawapan dari UZAR:
Hukum hutang adalah wajib dibayar walaupun dengan orang bukan Islam. Yang terbaik adalah jika anda masih ingat "lebih kurang" jumlah hutang anda dan individu atau syarikat tersebut masih ada, hendaklah anda membayar hutang itu kepada syarikat atau individu itu.
.
Jika akan membawa masalah besar (seperti masalah undang2 jika melibatkan syarikat), bolehlah anda bersedekah demi untuk memastikan diri anda bersih dari hutang itu secara sepenuhnya. Anda dibenarkan untuk mendermakannya kepada mana2 fakir miskin dengan diniatkan untuk menutup apa jua hutang yang masih berbaki yang diluar pengetahuan.
.
Rasulullah mengajar umat Islam untuk berdoa dilepaskan dari hutang, seperti doa yang bermaksud,
"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada dosa dan hutang."
Lalu baginda ditanya, "Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah?"
Baginda menjawab,"Jika seseorang berhutang, bila berbicara dia dusta, bila berjanji dia mengingkari."
Riwayat Bukhari.

No comments: