Sunday, August 30

Jaulah ke Paris (Part 1)

Oleh: Jpah*
Editor: Ajah
.


Train 2 tingkat~
.
Alhamdulillah, pada cuti musim bunga yang lepas, aku diberi peluang untuk mengembara ke negara baru, setelah hampir 5 bulan di bumi United Kingdom. Bandar ini ialah bandar honeymoon, bak kater sesetengah pihak. Namun kedatanganku ke sini adalah untuk mencari ibrah bagi mendekatkan diri kepada Allah. Bandar yang dimaksudkan adalah Paris, France.
.
Azri Unlimited~
.
Pada awalnya, aku plan perjalanan ini bersama Hisham dari Southampton dan Azri Unlimited dari Birmingham. Namun, disebabkan beberapa masalah teknikal, Hisham terpaksa menarik diri di saat akhir. Maka, aku dan Azri berdua sahajalah yang berjaulah ke kota romantis ni. Apabila Akmal bajet stylo itu tahu, dengan penuh sinis beliau berkata, "Heh, honeymoon ke?"
.
Namun, bagi kami, setiap amalan bermula dengan niat (Sila rujuk hadis 1 dalam hadis 40 Imam Nawawi). InsyaAllah dengan pemergian kami ini untuk menimba ilmu dan pengalaman di samping melihat Islam di negara lain. Ini kerana kami tertarik dengan statement dari Syeikh Muhammad Abduh:
.
"Saya pergi ke Paris, lantas saya bertemu dengan Islam tanpa Muslim. Saya kembali ke Kaherah dan saya bertemu dengan Muslim tanpa Islam"
.
Jadi, kami merancang perjalanan dan memilih ketua di kalangan kami. Aku menguruskan perihal transport dan plan perjalan kami di Paris, manakala Azri menguruskan perihal accommodation.
.
Disebabkan perjalanan dengan kapal terbang adalah agak biaser, aku dan Azri berkeputusan untuk mencuba cara lain ke Paris, yakni dengan menaiki tren Eurostar. Sewaktu aku nak membeli, terdapat jualan murah tiket pada musim bunga iaitu dengan harga 70 pounds untuk tiket 2-ways return. Kami membeli dengan happy nya.
.
Jpah~
.
Kami menaiki tren Eurostar dari St Pancras International, London. Protokol imigresen die hampir sama ngan menaiki flight. Passport anda diteliti dan anda perlu check-in sejam awal. Biaserla, untuk keluar dari UK, tiada masalah sangat, mudah sahaja anda dilepaskan.
.
Perjalanan dari London ke Paris memakan masa hampir 2 jam menaiki tren Eurostar yang laju itu. Tren ini agak selesa, dengan disediakan meja makan dan plag elektrik. Ruang duduk agak selesa. Aku dan Azri banyak berborak sepanjang perjalanan, di samping Azri membuka laptopnya untuk menonton video2.
.
Di dalam tren ini, anda boleh berjalan ke gerabak lain. Di gerabak depan, terdapat kafe untuk anda membeli makanan dan minuman. Barang2 dijual menggunakan dua currencies, yakni Pounds Sterling dan Euro. Anda boleh mendapatkan jus, Walker's dan sebagainya di sini.
.
Kami menyeberangi Selat Inggeris menggunakan terowong bawah laut. Ramai yang bertanya aku, "Masa seberang laut tu, nampak ikan tak?
Aku menjawab, "Ini bukan aquarium, jadi bawah terowong tu gelap je"
.
Jadi, setelah kami keluar dari terowong, aku sedar aku sudah berada di bumi Napoleon Bonaparte. Pasaraya2 Sainsbury's sudah tidak kelihatan, sebaliknya pasaraya Carrefour pula yang dapat dilihat. Jam perlu diubah cepat sejam, maklumlah France berada pada zon masa berbeza dari UK sebanyak satu jam. Walaupun telah sampai ke France, perjalanan masih mengambil masa lebih sejam untuk sampai ke kota Paris itu sendiri. Sepanjang perjalanan, kami melalui padang yang luas.
.
Akhirnya, kami sampai ke Gare du Nord. Ini adalah stesen keretapi terbesar di Paris, maklumlah, International. Aku dan Azri Unlimited begitu excited apabila sampai, maklumlah ke negara baru. Namun, kami sedar cabaran yang akan kami hadapi, terutama sekali cabaran bahasa. Buat pengetahuan, orang Perancis tidak suka kepada orang Inggeris, jadi Bahasa Inggeris amat mereka tidak suka. Jadi, jika anda berbahasa Inggeris, layanan mereka sedikit lain.
.
Papan tanda di stesen sudah bertukar kepada bahasa Perancis.
.
.
Sortie, Relais toilettes.
Dan sebagainya membuatkan kami lebih excited lagi.
.
.
Cabaran pertama kami hadapi sejurus selepas turun dari tren. Dari Gred du Nord, kami ingin ke Garibaldi, kerana di situ terletak hotel penginapan kami, Hotel Formule 1. Ketika di stesen Metro (macam tube di London dan tren2 di KL), kami ingin membeli tiket. Jadi azri pergi ke kaunter untuk membeli tiket. Mujur penjual tiket itu faham sedikit English, namun beliau agak kasar sedikit. Kami faham.
.
Metro~
.
Sistem Metro di Paris ini lebih kurang sama dengan London. Mujur hidup di London membuatkan aku kurang menghadapi masalah dengan sistem di sini. Aku mudah dan cepat memahami sistem Metro ini. Maka, kuranglah berinteraksi dengan masyarakat French ni, huhu. Pesanan aku, bagi yang nak ke Paris, biase2 kan la diri dengan sistem tube di London tu dulu..
.
Bersambung....
.
.
*Penulis ialah Muhammad Huzaifah Abd Rashid, pelajar tahun dua, Biotechnology di Imperial College London. Ketua AJK Promosi FUIYO n webmaster. Blog beliau.

No comments: