Friday, September 4

Megabus dan National Express

Oleh: Ajah
Editor: Ajah
.
Ingin melancong ke seluruh UK dengan bajet yang kecil?
.
Ada beberapa pilihan.
1. Megabus
*Tiket adalah serendah 1 pound dari London ke Edinburgh. Namun, semakin dekat dengan tarikh perjalanan, harga tiket akan naik sehingga 15 pound.
*Perjalanan dari London ke destinasi lain sahaja.. jadinya, jika anda dari Surrey, perlu travel terlebih dahulu ke London Victoria Coach Station. Begitu juga jika anda dari Bath. (agak beruntung untuk anda di Surrey kerana jarak yang dekat dengan London..)
*Untuk tempahan tiket, layari website ini.
*Pembayaran perlu dilakukan dengan debit card. Jadi, perlu ada debit card sebelum berjalan sakan :)
.
.
2. National Express: Funfair ticket.
*Funfair ticket biasanya berharga serendah 1 pound ke 5 pound.
*Kebanyakan destinasi adalah dari London. Jadi, untuk kebanyakan trip, anda perlu ke London Victoria Coach Station.
*untuk tempahan tiket online, layari website ini
*pembayaran tiket mesti dengan menggunakan debit card.
*ada beberapa pilihan tiket. e-ticket (melalui email. perlu print n bawa) atau tiket melalui sms.
*tidak semua tiket ialah Funfair ticket. Untuk mendapat berita tentang funfair ticket ini, sign up di sini, n mereka akan emailkan berita2 tiket murah kepada anda :)
.
3. Train.
*harga bergantung kepada jarak destinasi dan tarikh pembelian tiket.
*untuk perjalanan jarak jauh, harga mungkin akan berbeza banyak jika beli tiket awal.. contohnya: 3 bulan atau 2 bulan sebelum perjalanan.
*untuk perjalanan jarak dekat, masa pembelian tiket tidak memberi beza yang banyak kepada harga tiket. (jadi, utk perjalanan Surrey ke London, boleh trus beli di station.. tanpa perlu beli tiket awal)
*beberapa pilihan website untuk anda cuba2 membandingkan harga..
antaranya ialah: virgin, national.express, national express.east.coast.. (click untuk ke website tersebut)
*perlu perancangan yang mantap, seperti book tiket seawal 3 bulan sebelum perjalan untuk mendapatkan train ticket yang super murah!!
.
Enjoy ur trip!

No comments: