Tuesday, January 13

pErHiMpUnAn uKhUwWaH iNsAnIyYaH sElUrUh IrElAnD

Oleh: Azwani
Editor: Azwani
.


Program ini telah diadakan di Killarney,Ireland yang merupakan satu program dakwah yang menjadi aktiviti tahunan bagi memenuhi masa pelajar pada ketika musim sejuk. Program ini telah dianjurkan oleh persatuan pelajar islam malaysia ireland (PPIMI).
Penuh dengan ilmu Allah dan pengisian yang mantap dalam program ini bagi melahirkan generasi ilmuan islam yang unggul yang pernah kita ada suatu masa dahulu dan selaras dengan perintah Allah dan sesungguhnya Allah mencintai orang yang menuntut ilmu.
Program ini juga satu keperluan bagi pelajar yang belajar diluar negara dalam usaha mencari kenikmatan islam itu sendiri.Penceramah jemputan yang telah diundang untuk menjayakan program ini adalah Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman yang telah mengupas isu yang berkaitan dengan aqidah,ibadah,akhlak dan muamalat.Empat prinsip ini menjadi elemen-elemen penting di dalam PUISI yang digelar The Fantastic Four.Penceramah yang kedua yang turut serta menjayakannya ialah Ustaz Aminurrashid Yatiban yang mengupas isu mengaplikasikan dakwah dalam tanggungjawab kita sebagai pelajar.

No comments: